“Kamu lebih berharga dari berlian…” – Sajat Tayang Gambar Teman Lelaki Baru?

Entertainment
3 Oct 2024 • 11:39 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setelah lama tidak mendengar cerita tentang usahawan kosmetik Nur Sajat Kamaruzzaman yang kini tinggal di Australia, muncul cerita baru mengenainya.

Dalam hantaran Instagram miliknya, Sajat berkongsi beberapa gambar dengan seorang lelaki yang kelihatan begitu mesra bersama.

image is not available

“Kawan seperti awak lebih berharga daripada berlian. Awak bukan sahaja kuat dan bijak, tetapi baik dan bertimbang rasa juga.

Hari jadi awak merupakan peluang terbaik untuk saya menunjukkan kepada awak betapa saya mengambil berat dan betapa saya bersyukur kerana awak ada dalam hidup saya,” tulis Sajat di kapsyen posting itu.

Dalam hantaran itu, Sajat menggunakan beberapa hashtag namun yang menarik perhatian ialah #lover yang bermaksud kekasih.

Jejaka yang bernama Hairul itu dilihat begitu rapat dengan Sajat dalam posting tersebut namun apa yang menarik perhatian ialah ruangan komen di mana ramai yang merasakan lelaki berkenaan mempunyai wajah iras dengan penyanyi Malaysia, Sufian Suhaimi.

image is not available

Pun begitu, akaun Instagram jejaka bernama Hairul berada dalam mod private dan tidak diketahui informasi terperinci berkenaannya.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.