‘Kamu putar belit, bukan saya kelirukan Dewan’, Anwar bidas pembangkang

Politics
13 Jun 2023 • 1:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Perdana menteri Anwar Ibrahim menafikan beliau mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengeluarkan kenyataan berbeza dalam isu berkaitan kalimah “Allah”.

Beliau berkata demikian ketika membalas perbahasan Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) yang mencadangkan Anwar dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Zulkafperi mendakwa, Anwar mengelirukan Dewan Rakyat berhubung kenyataannya mengenai isu kalimah “Allah” dalam mewajarkan keputusan kerajaan menarik balik rayuan dalam kes Jill Ireland, wanita beragama Kristian dari suku Melanau di Sarawak.

Bagaimanapun, Anwar sebaliknya menempak Zulkafperi kerana mendakwa Ahli Parlimen Tanjong Karang itu cuba memutar-belitkan fakta.

SPONSORED CONTENT Carlsberg Golf Classic 2023 Swings Back into Action: The Ultimate #NEXTGEN Golf Tournament Kuala Lumpur: – The Carlsberg Golf Classic (CGC) is back in June this year with the introduction of two digital golf legs to draw beginner golfers, who play off-course in indoor simulators, rebranding it as #NEXTGEN. Read more “Apa yang bertentangan ini? Nak putar belit, nak tipu rakyat ini sebab apa? Nak dapat keuntungan politik? jangan dengan menipu,” katanya ketika waktu pertanyaan perdana menteri (PMQ) di Dewan Rakyat.

Terdahulu, susulan titah Sultan Selangor 7 Jun lalu, Zulkafperi berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah menunjukkan kerajaan belum merujuk kepada Majlis Raja-Raja (MRR) sebelum menarik balik rayuan dalam kes kalimah “Allah” di mahkamah.

Bagaimanapun, Anwar menjelaskan titah Sultan Selangor merujuk kepada usaha kerajaan untuk memperkemas peraturan semasa berhubung penggunaan kalimah “Allah” di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak.

Beliau menegaskan, keputusan kerajaan menarik balik rayuan di mahkamah sudah dirujuk kepada Yang di-Pertuan Agong menerusi panggilan telefon, sambil disaksikan semua Jemaah Menteri pada 7 Feb lalu.

“Yang Sultan Selangor sebut itu dalam soal perakuan Kabinet tentang tidak membolehkan kalimah ‘Allah’ digunakan di Semenanjung diperkenan, kemudian kelonggaran untuk Sabah Sarawak saya jelaskan.

“Kemudian oleh kerana ada pindaan, Tuanku memberikan pandangan bahawa sebaiknya pindaan yang nak dicadangkan itu, iaitu memperkemas peraturan berkenaan, sebaiknya dibawa dulu kepada MKI (Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia) supaya Tuanku sendiri akan mempersembahkan kepada MRR,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.