“Kan dah bergaduh…” – Anggap Netizen Melampau, Scha Al-Yahya Tak Teragak-agak Nak Ambil Tindakan

Entertainment
15 May 2024 • 5:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya merupakan pelakon serta pengacara terkenal tempatan.

Namanya disebut-sebut sejak semalam kerana dia merupakan salah seorang selebriti yang termasuk dalam senarai blockout yang kini sedang dilakukan di media sosial.

Susulan itu, pelakon drama bersiri Awan Dania itu mengeluarkan kenyataan dengan membalas semua manusia membuat kesilapan dan rezeki itu datangnya daripada Allah.

Terbaru, menerusi laman Instagram miliknya, Scha repost kisah Naim Daniel yang menerima ugutan bunuh dengan kapsyen yang berbunyi seperti nasihat kepada netizen di luar sana.

image is not available

“Fitnah menfitnah, permusuhan, dengki mendengki, mewujudkan reality nya. Kalau niat baik, realisasikan dengan cara atau amalan yang baik, jangan bersifat personal.

Sekarang kan dah bergaduh sesama sendiri, ugut sana sini. Check hati masing-masing,” tulisnya.

Malah, Scha yang juga isteri kepada selebriti, Awal Ashaari itu juga berkata dia sendiri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika netizen melampaui batasan.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.