“Kan Nak Tunang Nanti” – Roslan Aziz ‘Kantoikan’ Aliff Aziz Nak Bertunang?

Entertainment
9 Sep 2025 • 3:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Rancangan realiti Nightwalk Paranormal bersama artis Singapura, Roslan Shah atau Cik Lan nampaknya semakin mendapat sambutan gara-gara perkongsian kelakar dan mencuit hati penonton.

Dalam episod terbaru, Cik Lan telah bergandingan dengan pelakon dan penyanyi sensasi Aliff Aziz dalam sesi aktiviti paranormal itu.

Pelbagai ragam dan situasi kelakar telah dirakam ketika sesi itu bersiaran langsung namun apa yang lebih mencuri perhatian adalah kenyataan pernyataan Cik Lan terhadap Aliff Aziz.

Ketika sesi ‘briefing’ bersama Aliff Aziz, Cik Lan seperti terlepas cakap soal pertunangan sewaktu ‘mengumpul semangat’ sebelum memulakan sesi paranormal itu.

image is not available

image is not available

“Kan nak tunang nanti?” soal Cik Lan sebelum dipotong pantas oleh Aliff Aziz.

Sebelum ini, Aliff Aziz terpalit kontroversi bersama pelakon Ruhainies gara-gara kes khalwat suatu ketika dahulu.

Kes khalwat itu juga telah mengakhiri mahligai perkahwinan yang dibina Aliff Aziz bersama pelakon Bella Astillah sebelum ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-09-09 14:18:57

"Pernah Dukung Orang Tak? Teringin Nak Kena Dukung.." - Cik Lan Minta 'Izin' Peluk Aliff Aziz Dalam Paranormal Nightwalk