Aliff Aziz jadi tetamu aktiviti paranormal, Cik Lan tanya soalan panas – “Pernah dukung orang tak?”

EntertainmentLifestyle
9 Sep 2025 • 12:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon, Roslan Shah sekali lagi menjadi bahan jenaka penonton apabila melakukan aktiviti paranormal pada waktu malam di suatu tempat terpencil.

Tanya soalan panas

Menerusi perkongsian di YouTube, Roslan Shah atau mesra disapa Cik Lan membawa penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz sebagai sebagai selebriti jemputan untuk segmen terbarunya kali ini.

image is not available

Namun lebih menggelikan hati apabila aksi Cik Lan dilihat cuba mengambil kesempatan apabila bergandingan bersama penyanyi berbadan sasa itu.

Cik Lan juga bertanyakan beberapa soalan panas membuatkan situasi paranormal menjadi bertambah menarik dengan gelagat masing-masing.

“Aliff pernah dukung orang tak? Macam dukung orang sebaya Cik Lan. Teringin nak kena dukung,” kata Cik lan, malam tadi.

image is not available

Dalam pada itu, Cik Lan juga membawa bekalan makanan setelah bertanyakan kepada ibu Aliff mengenai menu kegemaran penyanyi tersebut.

“Tadi Cik Lan ada telefon mak Aliff, tanya apa makanan kegemaran, kata umi ini makanan kegemaran Aliff,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, Cik Lan juga sempat meloncat di atas bahu Aliff Aziz menyebabkan penyanyi itu terpaksa mendukungnya kerana terlalu takut apabila terdengar bunyi yang kurang menyenangkan.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, warganet terhibur menonton segmen bersama Aliff Aziz dan menganggap Cik Lan cuba mengambil kesempatan di sebalik kesulitan.

Malah ada juga wargamaya yang cuba mengusik bahawa mereka mahukan usahawan Aliff Syukri sebagai tetamu jemputan namun pihak produksi membawakan selebriti lain yang turut mempunyai nama Aliff pada bahagian hadapan namanya.

Cik Lan ambil kesempatan

image is not available

Minta Aliff Syukri bukan Aliff Aziz

image is not available

Slip disc kawan tu

image is not available

Untuk info, video paranormal itu telah meraih sebanyak 136,000 tontonan dan menerima lebih 3,300 tanda suka di saluran YouTube.

Sumber: YouTube MBK Film Studio