“Kanabis hanya untuk perubatan, saya tak setuju penggunaan secara rekreasi” – Perdana Menteri Thailand

16 Sep 2023 • 2:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui Thailand adalah negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan penggunaan kanabis untuk tujuan rekreasi. Ini adalah selepas negara Gajah Putih itu mendekriminalisasi dadah yang dibuat dari daun ganja pada tahun lalu.

image is not available

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri baharu Thailand, Srettha Thavisin pada Jumaat menyatakan bahawa pendtadbirannya mebantah penggunaan kanabis untuk tujuan rekreasi, namun akan meneruskan dasar penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan.

“Dasar kanabis kekal dengan tujuan perubatan, Tentang penggunaan secara rekreasi, saya tidak bersetuju mengenainya” – Perdana Menteri Thailand

Memetik laporan Astro Awani, dalam tempoh seminggu selepas langkah pendekriminalisasian itu dibuat, pelbagai isu timbul mengenai pengguaan yang tidak terkawal. Ini termasuklah penggunaan kanabis dalam kalangan kanak-kanak.

image is not available

Untuk rekod, industri kanabis Thailand dianggar bernilai USD1.2 bilion (bersamaan kira-kira RM5.6 bilion) menjelang beberapa tahun akan datang.

Dengan ribuan perniagaan berkaitan industri itu muncul, ramai pelancong dari luar negara telah berkunjung ke Thailand untuk merasai sendiri pengalaman menikmati tumbuhan itu secara rekreasi.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.