Kanak-kanak 1 Tahun Maut Terminum Minyak Bercampur Petrol

LocalFamily & Parenting
4 Jul 2025 • 5:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kanak-kanak 1 Tahun Maut Terminum Minyak Bercampur Petrol

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 bulan maut selepas dipercayai terminum minyak bercampur petrol yang disimpan dalam bekas makanan di rumah keluarganya di Kelurahan Ketanggi, Ngawi, Jawa Timur.

Difahamkan, cecair beracun itu dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh bapa mangsa pada malam sebelumnya setelah ia bocor dari motosikal.

Malangnya, bekas itu tidak dibuang keesokan harinya dan menyebabkan tragedi apabila si kecil secara tidak sengaja meminumnya.

Menurut datuk mangsa, cucunya bermain seperti biasa pada pagi kejadian.

“Dia bangun pagi, mandi dan bermain seperti biasa. Kemudian, dia jumpa bekas minyak itu dan terminumnya. Selepas itu, dia terus berlari dalam keadaan lemah ke arah neneknya,” kata datuk mangsa kepada media tempatan.

Selepas meminum cecair berbahaya itu, mangsa mula menunjukkan tanda-tanda keracunan dan segera dibawa ke hospital.

Dia menerima rawatan selama kira-kira lima jam, namun keadaannya semakin kritikal sebelum disahkan meninggal dunia.

Kini, polis tempatan telah memulakan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Beberapa ahli keluarga dan saksi juga telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, mayat kanak-kanak terbabit telah menjalani proses bedah siasat di hospital sebelum dibawa pulang dan dikebumikan di tanah perkuburan awam berhampiran rumah keluarganya.