Kanak-kanak 10 tahun lemas ketika mandi kolam hotel

31 Dec 2024 • 7:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Percutian sebuah keluarga berakhir tragedi apabila anak mereka berusia 10 tahun lemas selepas mandi kolam di sebuah hotel di sini dalam kejadian petang Isnin. Gambar hiasan

KEMAMAN - Percutian sebuah keluarga berakhir tragedi apabila anak mereka berusia 10 tahun lemas selepas mandi kolam di sebuah hotel di sini dalam kejadian petang Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja'far berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 8.57 malam hari yang sama.

Menurutnya, seorang lelaki berusia 47 tahun mengatakan anaknya telah meninggal dunia disebabkan lemas ketika mandi di kolam renang hotel tersebut.

"Keluarga dari Pahang itu tiba untuk mendaftar masuk hotel tersebut jam 3.30 petang pada Isnin, untuk menghabiskan masa bercuti bersama keluarga.

"Selepas selesai mendaftar masuk, lelaki tersebut bersama mangsa serta ahli keluarga lain telah turun mandi di kolam renang sekitar jam 5.30 petang.

"Bagaimanapun, ketika mandi, dia menyedari mangsa telah hilang dari pandangan sebelum menemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dasar kolam," katanya di sini pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia jam 8.20 malam hari yang sama.

Jelas beliau, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap keselamatan anak-anak ketika berada di kolam renang bagi mengelak kejadian sama berulang," ujar beliau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved