Kanak-Kanak 11 Tahun Dikejarkan Ke Hospital Gara-Gara Termakan Biskut Inti Ganja Milik Bapa

30 May 2023 • 2:11 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sesak nafas, pening kepala dan loya selepas makan biskut

Kanak-Kanak 11 Tahun Dikejarkan Ke Hospital Gara-Gara Termakan Biskut Inti Ganja Milik Bapa. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun telah dibawa ke hospital kerana termakan biskut coklat yang mengandungi ganja yang dimiliki oleh bapanya semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri mengatakan bahawa pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 10.26 malam selepas diberitahu oleh pembantu perubatan Klinik Kesihatan Lawin.

image is not available
Kanak-Kanak 11 Tahun Dikejarkan Ke Hospital Gara-Gara Termakan Biskut Inti Ganja Milik Bapa. Kredit: Google

Menurut laporan daripada Kosmo, kanak-kanak itu dibawa oleh bapanya sendiri untuk menjalani pemeriksaan selepas mengalami simptom seperti sesak nafas, pening kepala dan loya.

“Siasatan awal menunjukkan kanak-kanak tersebut telah memakan biskut yang dicampur dengan ganja yang menyebabkan dia mengalami sesak nafas, sakit kepala dan loya.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Gerik sebelum dirujuk ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut. Kini keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.

image is not available

Polis telah menahan bapa kanak-kanak terbabit dan merampas biskut tersebut untuk siasatan lanjut.

Selain itu, ujian saringan air kencing menunjukkan bahawa lelaki itu positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

“Suspek yang merupakan penoreh getah itu ditahan selama lima hari bermula hari ini sehingga Sabtu depan untuk disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

image is not available

Difahamkan bahawa suspek memproses biskut tersebut untuk kegunaan sendiri dengan mencampurkan dadah miliknya sebelum disimpan di dalam bekas dan diletakkan di atas meja dapur.

Kanak-kanak itu dikatakan mengambil dan memakan biskut sebanyak empat keping sebelum mengalami sesak nafas, sakit kepala dan loya.

Baca lagi artikel menarik: