Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Akibat Tembakan Senjata Api Buatan Sendiri Di Pondok Kebun Getah

13 Oct 2026 • 8:22 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Akibat Tembakan Senjata Api Buatan Sendiri Di Pondok Kebun Getah

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia akibat kecederaan tembakan pada bahagian kepala dalam kejadian di sebuah pondok kebun getah di Kampung Mampulut, Sook, Keningau pada 10 Okt lepas.

Kanak-kanak 11 tahun maut

Ketua Polis Daerah Keningau Supt Erwansyah Abdul Basir berkata pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira 2.35 petang pada hari berkenaan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa bersama seorang lagi kanak-kanak berada di pondok kebun itu sebelum satu das tembakan dilepaskan.

“Kejadian dipercayai melibatkan senjata api buatan sendiri yang dikenali sebagai ginsok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Erwansyah berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Keningau untuk mendapatkan rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia.

Beliau berkata bedah siasat yang dijalankan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, pada 11 Okt mengesahkan punca kematian mangsa ialah kecederaan tembakan pada bahagian kepala.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan pengabaian atau pendedahan kanak-kanak kepada kecederaan, serta Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 berkaitan pemilikan, jagaan atau kawalan senjata api tanpa lesen atau permit yang sah.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana senjata api itu diperoleh, disimpan dan dikendalikan sehingga kejadian berlaku.

Baca juga:

“Pemeriksaan forensik dan balistik turut dijalankan bagi menentukan mekanisme tembakan serta kaitan senjata yang disyaki dengan kecederaan mangsa,” katanya.

Beliau berkata polis turut meneliti aspek pemilikan senjata api tanpa lesen serta kemungkinan berlaku pengabaian yang mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya.

Erwansyah menegaskan siasatan lanjut masih dijalankan dan sebarang tindakan undang-undang akan diambil berdasarkan bukti serta peruntukan undang-undang berkaitan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak memiliki senjata api tanpa kebenaran sah, manakala pemilik senjata api berlesen hendaklah menyimpannya di tempat yang selamat dan berkunci.

Orang ramai juga diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved