Seorang kanak-kanak perempuan, Puteri Nor Atiqah, 12, menderita hampir setahun akibat kecederaan tulang belakang yang serius selepas terjatuh apabila kerusi yang ingin didudukinya ditarik oleh rakan sekelas.
Kejadian itu telah menyebabkan Puteri Nor Atiqah mengalami patah tulang coccyx, ‘disc bulge’, dan ‘bone bruise’.
Ibunya, Azera Yazid berkata, kehidupan mereka sekeluarga berubah sepenuhnya selepas insiden tersebut. Puteri Nor Atiqah yang dahulunya aktif dan ceria kini terpaksa menjalani rawatan berterusan dan sering dimasukkan ke wad jika diperlukan.
Selain daripada kesakitan fizikal, Puteri Nor Atiqah juga mengalami gangguan emosi dan trauma, menyebabkan dia takut untuk bertemu dengan orang lain dan lebih banyak menghabiskan masa di dalam bilik. Anaknya juga sering menangis kesakitan dan tidak dapat tidur dengan lena.
Sebelum ,semasa dan selepas kejadian itu,kehidupan kami sekeluarga berubah 360 ,kakak iqa selalu warded & sakit pinggang,…Allah kakak iqa jatuh disebabkan kawan tarik kerusi di sekolah pada oct 2023 ,kesannya sampai sekarang …setiap bulan kakak iqa masuk ward … #fightforiqa #fypシ゚viral #jatuhdisebabkankawantarikkerusi #fyp #jatuhkerusi #patahtulangbelakang #fypage
“Setiap kali dia bergerak, dia akan merasa sakit yang amat sangat. Sebagai ibu, saya sangat sedih melihat keadaan anak saya,” katanya.
Difahamkan kes tersebut dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut.
The post Kanak-kanak 12 tahun alami kecederaan tulang belakang akibat gurauan tarik kerusi appeared first on The Reporter.




