Kanak-Kanak Menderita Hampir Setahun Akibat Gurauan Tarik Kerusi, Alami Gangguan Emosi Dan Trauma

5 Aug 2024 • 11:24 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Gurauan tarik kerusi bukanlah satu perkara baru dan macam yang kita tahu perkara ini boleh mengakibatkan kecederaan serius kepada mangsa.

Menerusi hantaran TikTok, seorang ibu mendedahkan anak perempuannya, Puteri Nor Atiqah yang baru berusia 12 tahun menderita hampir setahun selepas terjatuh apabila kerusinya ditarik rakan sekelas.

Difahamkan kejadian itu bukan jer menyebabkan Atiqah mengalami patah tulang, dia turut menderita bone bruise, disc bulge dan coccynx.

Selepas kejadian itu, kehidupan kami sekeluarga berubah 360 darjah, Kakak Iqa selalu warded dan sakit pinggang.

Kesannya sampai sekarang, setiap bulan Kakak Iqa masuk ward.

@azera5276

Sebelum ,semasa dan selepas kejadian itu,kehidupan kami sekeluarga berubah 360 ,kakak iqa selalu warded & sakit pinggang,…Allah kakak iqa jatuh disebabkan kawan tarik kerusi di sekolah pada oct 2023 ,kesannya sampai sekarang …setiap bulan kakak iqa masuk ward … #fightforiqa #fypシ゚viral #jatuhdisebabkankawantarikkerusi #fyp #jatuhkerusi #patahtulangbelakang #fypage

♬ Semua Tentang Kita – NOAH

Ibunya, Azera yazid berkata anak perempuannya yang aktif dan ceria kini mengalami gangguan emosi dan trauma.

Atiqah juga difahamkan takut untuk bertemu dengan orang lain dan banyak menghabiskan masa di dalam bilik.

Sering mengadu sakit

Selain daripada trauma, ibunya juga mendedahkan dia sering menangis kerana sakit yang dihadapi dan sudah lama tidak dapat tidur lena.

Setiap kali dia bergerak, dia akan merasa sakit yang amat sangat. Sebagai ibu, saya sangat sedih melihat keadaan anak saya.

Susulan kejadian yang menimpa anaknya, kes ini telah dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut.

image is not available

Jap!