Kanak-kanak 12 tahun hilang kerana merajuk selamat pulang

24 Dec 2025 • 9:52 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Bukit Indah, Johor Bahru, selepas merajuk selamat ditemui dan pulang ke rumah.

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Bukit Indah di sini telah selamat pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumarasan (gambar) berkata laporan kehilangan dibuat oleh bapa kanak-kanak itu pada pagi semalam.

“Kanak-kanak itu dipercayai meninggalkan rumah selepas merajuk dengan ibu bapanya kerana tidak dibenarkan bermain iPad,” katanya.

Beliau berkata kanak-kanak itu dipercayai bersembunyi di sebuah rumah kosong berhampiran rumah keluarganya sebelum ditemui.