Yang di-Pertuan Agong selamat berangkat pulang ke Malaysia

24 Dec 2025 • 1:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat berangkat pulang ke tanah air pada Rabu selepas mengadakan lawatan khas dua hari ke UAE. Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat berangkat pulang ke tanah air pada Rabu selepas mengadakan lawatan khas dua hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jam 9.20 pagi disambut oleh Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Asman Shah Abd Rahman; Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara; Tan Sri Dr Azmi Rohani dan Pengelola Bijaya Diraja Johor, Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa.

Lawatan khas Sultan Ibrahim ke UAE adalah atas undangan Presiden UAE Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.

Perbincangan Seri Paduka Baginda bersama Sheikh Mohamed telah meneroka pelbagai peluang kerjasama antara Malaysia dan UAE dalam bidang pertahanan, pelaburan serta keterjaminan makanan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved