
Kanak-Kanak 12 Tahun Jadi Pelajar Termuda Daftar Masuk UM
Sejarah tercipta di Universiti Malaya (UM) apabila seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mencatat rekod sebagai pelajar termuda pernah mendaftar masuk sejak penubuhan universiti tersebut pada tahun 1962.
Iz Emir, yang difahamkan mendaftar masuk pada Sabtu lalu, bakal mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains dalam bidang Matematik, lapor Sinar Harian.
Menurut perkongsian di media sosial oleh Profesor Fatimah Kari, Iz Emir memulakan perjalanan akademiknya di Program Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika berusia lapan tahun.
Menamatkan O-Level pada usia yang sama, kanak-kanak pintar itu kemudiannya meneruskan A-Level pada usia 11 tahun.
Pencapaian luar biasa ini ternyata membuatkan ramai kagum, selain turut mendapatkan reaksi positif daripada pengguna media sosial.
Ramai yang menyamakan Iz Emir dengan watak Sheldon Lee Cooper, seorang genius fiksyen dalam sitkom popular Amerika, The Big Bang Theory.
Salah seorang pengguna, Hafizulrahman Mazelin, menyifatkan Iz Emir sebagai “Sheldon Cooper versi Melayu Muslim”.
“Moga ALLAH berkati perjalanan adik mencari ilmu,” kata pengguna, Rashidin Idris.
“Wow, berita hebat, pencapaian hebat, dan sejarah yang hebat. Tahniah kepada adik ini,” kata seorang lagi pengguna, Jasni JassOmar.
Sumber: Sinar Harian
The post Kanak-Kanak 12 Tahun Jadi Pelajar Termuda Daftar Masuk UM appeared first on Siakap Keli.


