Kanak-kanak 12 tahun maut nahas empat kenderaan

24 Nov 2026 • 4:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kanak-kanak 12 tahun maut nahas empat kenderaan

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahuh maut dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer (KM) 6.4 Lebuh Raya Utara-Selatan dari Kempas menghala ke Bandar Dato Onn di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, PBK 111 Mohamad Zakirman Mohd Hasri berkata, kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi itu melibatkan sebuah lori jenis UD serta tiga kereta masing-masing jenis Chery, Perodua Myvi dan Mercedes.

“Kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia disahkan oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian dan mangsa merupakan penumpang kepada kereta Produa Myvi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, tiga mangsa lain iaitu pemandu lori UD truck berusia 50 tahun, pemandu Chery berusia 72 tahun dan pemandu Mercedes tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post Kanak-kanak 12 tahun maut nahas empat kenderaan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved