Kanak-kanak 12 tahun meninggal dunia ketika sertai kejohanan bola sepak

LocalFootball
19 Jul 2026 • 10:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kanak-kanak 12 tahun meninggal dunia ketika sertai kejohanan bola sepak
Allahyarham Danish Hizqeel. Foto Facebook Shining FC
Image from: Kanak-kanak 12 tahun meninggal dunia ketika sertai kejohanan bola sepak
Persatuan Bolasepak Johor Bahru (JBFA) memaklumkan Danish Hizqeel mempunyai bakat yang besar dalam sukan bola sepak dan kehilangannya amat dirasai oleh seluruh komuniti bola sepak negeri. Foto media sosial.
Image from: Kanak-kanak 12 tahun meninggal dunia ketika sertai kejohanan bola sepak
Pemergian Allahyarham disifatkan satu kehilangan yang amat besar. Foto media sosial.

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai kejohanan bola sepak bawah 12 tahun (B-12) di sebuah pusat sukan di sini, semalam.

Menerusi hantaran di laman Facebook Shining FC, Allahyarham Danish Hizqeel Mohd Hanif yang menyertai kelab itu sejak berusia lapan tahun disifatkan sebagai seorang yang bersemangat, rajin berlatih, menghormati jurulatih serta sentiasa membawa senyuman kepada rakan-rakannya.

"Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan yang amat besar buat seluruh keluarga Shining Academy. Kenangan, semangat dan jasanya akan sentiasa terpahat di hati kami.

**media[3588008]**

"Kami mendoakan agar ALLAH SWT mengampunkan segala dosanya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya, menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman serta mengurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan," menurut hantaran itu.

Sementara itu, Persatuan Bolasepak Johor Bahru (JBFA) memaklumkan Danish Hizqeel mempunyai bakat yang besar dalam sukan bola sepak dan kehilangannya amat dirasai oleh seluruh komuniti bola sepak negeri.

**media[3588009]**

Unit Sukan, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga murid Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2, Pasir Gudang itu menerusi hantaran di laman Facebook rasmi jabatan berkenaan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved