
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui haiwan reptilia seperti ular antara binatang yang sering ditakuti oleh orang ramai.
Ini kerana haiwan ini berbisa serta berkeupayaan untuk membahayakan keselamatan nyawa manusia termasuklah membunuh.
Malah banyak sahaja kes yang dilaporkan membabitkan haiwan berbisa ini.
Kanak-kanak 2 tahun jumpa ular tedung
Baru-baru ini, seorang kanak-kanak lelaki dari Bihar, India telah mengejutkan dunia apabila membunuh seekor ular jenis tedung yang membelit tangannya.
Menurut Times of India, kanak-kanak yang dikenali sebagai Govinda Kumar awalnya sedang bermain di kawasan rumahnya di Kampung Bankatwa pada 24 Julai yang lalu.
Dia kemudian terlihat reptilia itu dan ingin mengetahui apakah ia sebelum bertindak membaling batu yang dimainnya ke arah haiwan terbabit.
Ular itu kemudiannya bertindak balas dengan menyerangnya sambil membelit tangan kanak-kanak berusia dua tahun tersebut.
Gigit ular tedung sampai mati ketika tangan dibelit
Namun apa yang mengejutkan orang kampung adalah dia tidak menjerit mahupun lari, sebaliknya mengigit ular tersebut dengan kuat sehingga menyebabkan ia mati di tempat kejadian.
“Apabila kami melihat ular tersebut berada di tangan Govinda, semua orang segera mendapatkannya. Namun dalam masa yang sama dia telah menggigit ular itu, dan membunuhnya serta-merta,” kata nenek kanak-kanak berkenaan.
Pengsan selepas gigit ular kerana bisa ular tedung
Kesan patukan ular tedung berkenaan menyebabkan dia pengsan dan segera dibawa ke pusat kesihatan Hospital Kolej Perubatan Kerajaan (GMCH) di Bettiah untuk rawatan lanjut. Kes terbabit turut disifatkan sebagai ‘luar biasa.’
Menurut kumpulan perubatan, ular berkenaan mati disebabkan kecederaan pada bahagian kepala dan mulut akibat gigitan si kecil itu.
Dilaporkan stabil dan masih dalam pemerhatian doktor
Dalam pada itu, kesan bisa ular tersebut adalah ringan di mana ia hanya cukup untuk membuatkan kanak-kanak terbabit tidak sedarkan diri.
“Rawatan yang tepat menyelamatkan nyawa Govinda.
“Keadaan kanak-kanak itu kini dilaporkan stabil dan berada di bawah rawatan serta pemerhatian doktor. Kumpulan perubatan yang merawat anak kecil itu turut memberikan ubat-ubatan berterusan selain dia masih dalam pemerhatian,” kata Doktor Saurabh Kumar.
Source:

