Ular Tedung Mati Digigit Budak 1 Tahun

29 Jul 2025 • 5:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun dilaporkan menyelamatkan dirinya daripada maut dengan menggigit seekor ular tedung.

Ular tedung yang melingkar ditangannya mati selepas digigit kanak-kanak yang dikenali sebagai Govinda, lapor Times of India.

Kejadian berlaku di kediamannya di sebuah kampung kecil di Bettiah, berdekatan sempadan Indo-Nepal.

Menurut laporan sama, insiden berlaku sewaktu Govinda sedang bermain di rumahnya sebelum seekor ular tedung dilihat melilit tangan kanak-kanak itu.

“Semua ahli keluarga berlari ke arahnya selepas melihat ada ular tedung di tangan Govinda.

“Namun dia telah menggigit ular tersebut sehingga mati,” ujar nenek kanak-kanak tersebut.

Govinda bagaimanapun dilaporkan telah pengsan selepas menggigit ular tedung tersebut. Dia dibawa ke pusat kesihatan berdekatan untuk menerima rawatan sebelum dihantar ke hospital besar.

Kanak-kanak itu pengsan dipercayai kerana telah terkena racun ular tersebut namun tidak mengalami masalah serius.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved