Kanak-kanak 2 Tahun Hilang Disyaki Jatuh Dalam Parit Tepi Jalan Telah Ditemui

26 Nov 2023 • 10:57 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, tular di media sosial tentang kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang disyaki jatuh ke dalam parit di tepi jalan di Taman Goodwood, Melaka.

Kanak-kanak itu, Muhammad Danish dipercayai hilang akibat jatuh ke dalam parit ketika ibu bapanya sedang berniaga nasi di sebuah gerai ketika hujan lebat.

Memetik laporan Harian Metro, sebelum kanak-kanak itu hilang, ibunya sempat menyuruh dia dan kakaknya yang berusia empat tahun untuk menukar pakaian dan masuk ke dalam kereta yang diparkir berdekatan dengan gerai.

Kedua-dua kanak-kanak itu sempat diperhatikan oleh ibu mereka melangkah longkang kerana pada sama yang sama, ibu tersebut kemudiannya perlu membungkus 10 bungkus nasi kerabu untuk pelanggan.

Namun, setelah nasi selesai dibungkus, ketika wanita itu menoleh ke kereta, hanya si kakak sahaja yang turun dari kereta.

image is not available

Dia dan suaminya terkejut apabila si kakak menjawab tidak tahu di mana adiknya apabila ditanya dan mereka berdua terus mencari kanak-kanak itu di sekitar kawasan berkenaan namun tiada.

Walau bagaimanapun, menurut Facebook Melaka Daily, setelah operasi mencari Muhammad Danish dilakukan oleh bomba, jasad kanak-kanak itu akhirnya telah ditemui di kawasan perumahan Taman Desa Baru.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.