Kanak-kanak 3 tahun meninggal dunia, doktor keluarkan 1 kilogram cacing dari tubuhnya

LocalHealth & Fitness
22 Aug 2025 • 9:36 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, dikenali sebagai Raya, meninggal dunia selepas tubuhnya dipenuhi lebih satu kilogram cacing gelang. Kejadian menyayat hati itu berlaku di Kampung Padangenyang, Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia.

Raya dimasukkan ke hospital pada 13 Julai lalu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ketika dirawat, doktor menemui cacing sepanjang kira-kira 15 sentimeter keluar melalui hidung dan mulutnya, malah beberapa ekor juga dilaporkan keluar melalui dubur. Selepas sembilan hari dirawat, Raya disahkan meninggal dunia pada 22 Julai 2025.

image is not available
Rumah keluarga Raya | Kredit gambar: Media Indonesia

image is not available
Raya dikatakan selalu mandi di kolam ini berikutan rumahnya tidak mempunyai bilik mandi | Kredit gambar: Media Indonesia

Jangkitan parasit merebak

Hasil pemeriksaan mendapati Raya mengalami jangkitan cacing gelang (askariasis) yang teruk. Cacing bukan sahaja membiak dalam usus, malah merebak ke paru-paru dan otaknya sehingga menjejaskan fungsi saraf dan kesedaran.

image is not available
Keadaan Raya ketika dirawat di hospital | Kredit gambar: Rumah Teduh

image is not available
Imbasan menunjukkan tubuh raya dipenuhi dengan cacing gelang | Kredit gambar: Rumah Teduh

image is not available
Cacing gelang ditarik keluar dari hidung Raya | Kredit gambar: Rumah Teduh

image is not available
Sejumlah besar cacing gelang yang keluar dari dubur Raya | Kredit gambar: Rumah Teduh

Keluarga Raya hidup dalam keadaan serba kekurangan. Ibunya menghidap masalah mental, manakala bapanya pula sakit tuberkulosis. Mereka tinggal di rumah yang persekitarannya tidak terjaga, malah dipenuhi najis ayam, dipercayai menjadi punca penyebaran telur cacing.

Kes ini menarik perhatian ramai, termasuk Gabenor Jawa Barat yang menegur kelemahan pemantauan kesihatan di kawasan pedalaman. Susulan tragedi itu, Kementerian Kesihatan Indonesia menegaskan kepentingan pemberian ubat cacing secara berkala serta amalan kebersihan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.