Pemain Bola Luca Aluisi Rebah, Meninggal Dunia Di Hadapan Ibu

21 Aug 2025 • 5:00 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pemain bola sepak Luca Aluisi yang berasal dari Itali dilaporkan meninggal dunia selepas rebah di hadapan ibunya.

Aluisi meninggal dunia pada usia 30 tahun. Ironi pemain bola itu sedang menunggu detik bahagia apabila akan menyertai sesi latihan pertama ASD Castell'Azzara, beberapa jam sebelum kematian.

Aluisi baru sahaja menandatangani kontrak dengan kelab divisyen bawahan Itali itu dan sepatutnya turun berlatih semalam, lapor Daily Mail.

Menerusi laporan media Corrier Di Viterbo, Aluisi mula mengalami tidak sedap badan sekitar pukul 1.30 pagi waktu tempatan sebelum meninggal dunia. 

Walaupun paramedik datang untuk membantu namun mengumumkan pemain bola itu telah meninggal dunia.

Pihak kelab ASD Castell'Azzara menyampaikan belasungkawa dengan mengaku terkejut menerima khabar kematian Aluisi hanya beberapa jam sebelum rasmi bermain di padang bersama rakan sepasukan yang lain.

“ASD Castell'Azzara sangat berduka cita dengan berita Luca Aluisi meninggal dunia.

“Anak muda berusia 30 tahun ini sudah sedia menyarung jersi dan memulakan kembaranya bersama kami. Namun takdir berkata lain.

“Kami mengirim simpati buat keluarga dana kenalan di atas kehilangan mengejut Aluisi,” ujar kenyataan tersebut.

Ahli keluarga Aluisi meminta bedah siasat dijalankan terhadap mayat pemain bola itu untuk mengetahui punca kematian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved