Kanak-kanak, 5, hilang disambar buaya di Lahad Datu

20 Apr 2026 • 4:31 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) diaktifkan bagi seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan hilang selepas diserang buaya di kawasan pantai Jalan Felda Sahabat 16, Desa Kencana, pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.27 pagi.

Menurut maklumat awal, mangsa dilaporkan disambar dan diseret ke dalam air oleh seekor buaya ketika mandi berhampiran pantai.

Pasukan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi SAR dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved