Kanak-Kanak 6 Tahun Dipatuk Ular Sawa Menyorok Dalam Mangkuk Tandas, Cedera Di Kelangkang & Tangan

12 Feb 2025 • 2:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera dipatuk ular sawa batik yang bersembunyi di dalam mangkuk tandas rumahnya di Pangsapuri Prima Court, Ampang, semalam.

Menurut ibu mangsa, Adibah Aziz kejadian itu berlaku jam 11 pagi dan anaknya bernama Hadi dikejarkan ke hospital akibat kecederaan di celah kelangkang dan tangan.

Hadi masuk ke tandas bilik utama. Apabila membuka penutup mangkuk tandas untuk membuang air kecil, dia dipatuk ular sawa batik. Dia kemudian segera meluru keluar dan menjerit.

image is not available

Ketika kejadian itu berlaku, Adibah berkata dia sedang memasak di dapur dan anak lelakinya berusia setahun sedang bermain di ruang tamu rumah.

Saya tengok Hadi keluar dari tandas dengan darah menitik. Saya segera minta bantuan jiran untuk membuat panggilan kepada pihak ambulans dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Ular sawa itu berjaya ditangkap APM kira-kira jam 1.14 tengah hari dan Hadi pula dilaporkan stabil dan kini ditahan untuk tujuan pemantauan di Hospital Ampang.

Alhamdulillah dia (Hadi) stabil. Kami duduk di tingkat 1 berdekatan Zoo Negara. Tak pasti dari mana ular sawa batik itu masuk.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 months ago

"Dia Gigit Agak Dalam.." - Kena Masuk Wad, Tangan Lelaki Membengkak Selepas Digigit Kucing Agresif