Terbantut Lepaskan Hajat, Kepala Ular Terjulur Dalam Mangkuk Tandas

29 Jan 2025 • 2:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila menemui seekor ular berlingkar di dalam mangkuk tandas di rumahnya, lapor akhbar Metro UK dalam kejadian Isnin.

Kejadian berlaku sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan) di sebuah kejiranan dekat bandar Burnley, England.
Kacey-Leigh Moss, 21, berkata, penemuan mengerikan itu terjadi selepas dia bangun untuk menggunakan bilik air. 

“Selepas menyalakan lampu bilik air, saya melihat kepala ular keluar daripada mangkuk tandas. 

“Saya hanya diam dan terpaku. Saya tidak pernah takut seperti ini,” kata Moss. 

Moss segera menghubungi sebuah badan amal, Persatuan Diraja untuk Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (RSPCA) untuk menangkap reptilia tersebut. 

Seorang jurucakap RSPCA berkata: “Kami diberitahu bahawa tandas itu tidak boleh dipam selama beberapa minggu dan ia mungkin berpunca daripada ‘pelawat’ ini. 

“Ia dikenal pasti sebagai ular jagung yang tidak berbahaya. Namun, ular ini tidak berjaya ditangkap selepas melarikan diri ke dalam sambungan paip. 

“Kami akan datang semula jika ia muncul,” tambahnya.


Sumber: Kosmo

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved