Kanak-Kanak 9 Tahun Jatuh Longkang Ditemukan Lemas

2 May 2024 • 8:17 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
gambar JBPM

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Bukit Rawang Jaya, Rawang, petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Makhtar berkata, mayat mangsa ditemukan empat kilometer dari lokasi kejadian pada jam 6.30 petang.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.28 petang dan sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dengan kekuatan lapan pegawai dan angggota dikejarkan ke lokasi.

"Berdasarkan laporan, mangsa dilaporkan jatuh ke dalam longkang kedalamannya hampir satu meter dan operasi mencari dan menyelamat segera dijalankan," katanya dalam kenyataan semalam. 

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved