Kanak-Kanak Autistik Lemas, Maut Selepas Terjatuh Ke Dalam Sungai

2 May 2024 • 11:28 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang kanak-kanak autistik ditemui maut lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Skudai di Kampung Sepakat Baru, Skudai pada petang Rabu.

Memetik laporan Kosmo! Online, mangsa yang berusia lima tahun itu terjatuh ketika bermain berhampiran rumah kediaman keluarganya.

Kanak-kanak autistik lemas berhampiran rumahnya

image is not available

Foto: Kosmo! Online

Difahamkan, kanak-kanak itu sedang bermain telefon dan merakam gambar di kawasan sekitar kediamannya yang terletak beberapa meter dari rumahnya.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penolong Kanan Penguasa Bomba SaifulBahri Safar berkata seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.

“Pasukan Keluar Operasi (PKO) tiba di kawasan kejadian pada 6.13 petang dan mendapati benar berlaku kejadian seperti yang dilaporkan.

“PKO membuat pencarian di permukaan sungai dengan jarak sejauh 800 meter dari mangsa dilaporkan terjatuh.

“Manakala anggota dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) melakukan selamat menggunakan teknik swift wiping,” katanya.

Tambah beliau, mangsa berjaya ditemui pada pukul 11.15 malam, kira-kira 130 meter dari lokasi dilaporkan terjatuh pada kedalaman empat meter.

SaifulBahri berkata mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk siasatan lanjut.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Sharkawi Londing)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved