Kanak-kanak 9 tahun maut selepas terjatuh dalam bilik air

LocalFamily & Parenting
25 Jun 2026 • 3:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kanak-kanak 9 tahun maut selepas terjatuh dalam bilik air
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air rumahnya.

KAJANG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air rumahnya di Taman Bukit Segar Cheras di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.01 malam selepas mangsa disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan Zon Merah Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika mangsa sedang mandi di bilik air rumahnya sebelum dipercayai terjatuh dan mengalami kecederaan.

"Mangsa kemudian dibawa oleh ahli keluarganya ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Naazron berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM bagi tujuan bedah siasat.

"Punca kematian mangsa masih dalam siasatan, kes disiasatmengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 serta mengklasifikasikan kes sebagai laporan mati mengejut," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Amirul Abd Wahab di talian 013-5495236 bagi membantu siasatan.

"Masyarakat dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan memastikan keselamatan anak-anak sentiasa diberi perhatian walau di mana mereka berada.

"Sebarang kecemasan boleh disalurkan menerusi talian NG MERS 999 atau Pusat Kawalan Polis Daerah Kajang di talian 03-89114243," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved