Pemain bola sepak Perancis lemas di Sungai Rhone

FootballSports
26 Jun 2026 • 12:44 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pemain bola sepak Perancis lemas di Sungai Rhone
Kenzo Kies daripada kelab divisyen dua Guingamp meninggal dunia pada usia 21 tahun selepas lemas di Sungai Rhone.

PEMAIN bola sepak Perancis, Kenzo Kies daripada kelab divisyen dua Guingamp meninggal dunia pada usia 21 tahun selepas lemas di Sungai Rhone, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Guingamp dan bekas kelabnya, Saint-Etienne, memberi penghormatan kepadanya menerusi hantaran di platform X pada lewat Rabu.

Menurut laporan media, Kies pergi berenang bersama rakan-rakannya ketika gelombang haba melanda Perancis pada Isnin di sebuah lokasi yang dianggap berbahaya dan dilarang untuk aktiviti berenang.

Laporan itu menyebut tiga individu berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba, manakala Kies ditemukan dalam keadaan kritikal sebelum disahkan meninggal dunia.

Kies menyertai Guingamp tahun lalu dan beraksi bersama pasukan simpanan kelab itu selepas menghabiskan tujuh tahun bersama Saint-Etienne. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved