Kanak-kanak Autisme Berusia 6 Tahun Ditemukan Lemas Dalam Kolam Tadahan Selepas 3 Jam Hilang

28 Feb 2024 • 11:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kanak-kanak autisme ini perlu dijaga dengan sepenuh perhatian, tindakan mereka sangat tidak boleh disangka.

Seorang kanak-kanak autisme berusia 6 tahun ditemui lemas dalam sebuah kolam tadahan banjir di Petaling Jaya, Selangor.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, mangsa ditemukan oleh orang awam yang sedang memancing pada kira-kira 7 malam.

“Mangsa dijumpai di tengah tasik atau kolam tadahan banjir oleh pemancing. Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya,” katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Sebelum ini, ibu kepada mangsa ada membuat satu posting di laman Facebook miliknya bagi meminta bantuan orang ramai untuk mencari anak lelakinya yang dipercayai hilang kira-kira jam 4 petang semalam.

“Saya mohon bantuan. Anak saya umur 6 tahun hilang di Taman Aman, Petaling Jaya sekitar jam 4 tadi. Masih cari tak jumpa. Jika ada nampak mohon hubungi saya 013-405 9569 kerana anak saya autisme,” tulisnya.

Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini…

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.