Kanak-kanak Autisme Hilang Ditemui Selamat Berhampiran Sungai

26 Aug 2025 • 9:49 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang dikhuatiri hilang berhampiran anak sungai di Jalan Kim Chu Sin kelmarin akhirnya ditemui dalam keadaan selamat.

Ditemui 200 meter dari sungai

image is not available

Foto: Malaysia Gazette

Menurut laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, kanak-kanak itu, Bong Kai Cen, ditemui orang awam pada jam 5.15 petang semalam, kira-kira 200 meter dari tebing sungai.

“Lokasi penemuan mangsa juga terletak lebih kurang 500 meter dari tempat seliparnya dijumpai sebelum ini. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut,” katanya.

image is not available

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan penyelamat dan orang awam yang membantu sejak operasi pencarian digerakkan.

image is not available

Difahamkan, dalam kejadian pada jam 4.15 petang kelmarin, mangsa dipercayai keluar dari rumah sebelum keluarganya cuba mencari namun gagal, lalu membuat laporan polis.