
KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak perempuan autisme maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Ladang Tok Pelam, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mayat mangsa ditemukan di tingkat enam kawasan tempat letak kenderaan pangsapuri berkenaan.
Difahamkan, mangsa bersama keluarganya yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan, menyewa sebuah inap desa di tingkat 13 bangunan itu sejak semalam.
Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Berita lanjut menyusul. – UTUSAN
The post Kanak-kanak autisme maut jatuh tingkat 13 pangsapuri di Kuala Terengganu appeared first on Utusan Malaysia.






