
KUALA TERENGGANU – Percutian sebuah keluarga dari Pasir Puteh, Kelantan bertukar tragedi apabila anak perempuan mereka yang merupakan kanak-kanak autistik selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Ladang Tok Pelam, di sini hari ini
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan tempat letak kenderaan di tingkat enam pangsapuri berkenaan.
Difahamkan, mangsa bersama ibu bapa serta ahli keluarganya baru tiba untuk bercuti di bandar raya ini, semalam dan dikatakan menginap di sebuah inap desa di tingkat 13 pangsapuri tersebut.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini untuk tindakan lanjut.
Setakat ini, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi. – KOSMO! ONLINE
The post Kanak-kanak autistik maut terjatuh dari tingkat 13 pangsapuri appeared first on Kosmo Digital.





