Kanak-kanak autistik meningkat 9 kali ganda hampir 90,000

LocalHealth & Fitness
16 Aug 2026 • 4:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kanak-kanak autistik meningkat 9 kali ganda hampir 90,000

KLANG – Jumlah orang kurang upaya (OKU) berdaftar di seluruh negara meningkat kepada 849,775 orang setakat Jun lalu, berbanding 814,966 orang tahun sebelumnya.

Lebih ketara, jumlah kanak-kanak autisme berdaftar melonjak hampir sembilan kali ganda daripada kira-kira 10,000 orang pada 2015 kepada 89,000 orang tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata, peningkatan itu menunjukkan keperluan terhadap sokongan sosial dan pendekatan penjagaan secara kolektif bagi memastikan kebajikan golongan rentan terus terbela.

Menurutnya, tanggungjawab berkenaan tidak seharusnya dipikul satu agensi semata-mata, sebaliknya memerlukan penglibatan masyarakat secara menyeluruh.

“Selain pendaftaran 849,775 OKU, kanak-kanak autisme berdaftar meningkat daripada kira-kira 10,000 pada 2015 kepada 89,000 orang tahun ini,” katanya selepas merasmikan Seminar Asas Penjagaan Warga Emas dan OKU Zon Tengah di sini, hari ini.

Menurutnya, cabaran penjagaan turut dirasai ahli keluarga yang menjaga pesakit terlantar terutama keupayaan fizikal, kemahiran dan kewangan.

“Bantuan kewangan yang diberikan kepada penjaga juga tidak semestinya mencukupi kerana kos penjagaan turut melibatkan pembelian lampin, ubat-ubatan, peralatan dan susu khas. Pendekatan kebajikan turut perlu menyediakan latihan, kemahiran dan peluang yang membolehkan mereka membina kehidupan lebih berdaya tahan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Kanak-kanak autistik meningkat 9 kali ganda hampir 90,000 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved