Kanak-Kanak Dalam Video Promosi Rembayung, Rupanya Anak Buah Khairul Aming

LocalFood
5 Jan 2026 • 3:18 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang kanak-kanak lelaki yang muncul dalam video promosi restoran Rembayung milik Khairul Aming menjadi perhatian apabila didakwa netizen sebagai anak buah kepada pempengaruh media sosial tersebut.

Rupanya anak buah Khairul Aming?

image is not available

Menerusi satu hantaran video di laman Instagram @luthfi.aff, kanak-kanak bernama Ahmad Luthfi itu kelihatan didukung oleh Khairul Aming dipercayai ketika proses menjayakan penggambaran video promosi berkenaan.

Malah, Ahmad Luthfi yang berusia dua tahun turut kelihatan disuap makanan oleh pempengaruh tersebut yang dipanggil sebagai Ayoh Chik untuk babak memperkenalkan menu kanak-kanak yang terdapat di Rembayung.

“Luthfi cayang (sayang) Ayoh Chik,” tulis @luthfi.aff di ruangan kapsyen pada Sabtu.

image is not available

Untuk makluman, video promosi berkenaan telah dimuat naik di akaun media sosial Khairul Aming pada Jumaat lalu, membuatkan ramai teruja untuk membuat tempahan sebelum mengunjungi restoran yang menyajikan masakan Melayu di tengah ibu kota itu.

Meninjau ke ruangan komen di hantaran @luthfi.af, rata-rata warganet memuji kehebatan Ahmad Luthfi yang menjadi ‘food tester’ atau menjadi individu terawal merasai hidangan dihasilkan di Rembayung.

Anak buah dapat rasa dulu

image is not available

image is not available

Hebat, anak buah masuk video

image is not available

Namun begitu, terdapat juga segelintir meninggalkan komen berunsur usikan.

Artikel lain: Mahu Jumpa Khairul Aming Di Rembayung, Cubaan Pempengaruh Gagal

Dah besar dia tuntut duit lakonan

image is not available

Dia sedar tak Ayoh Chik tu siapa?

image is not available

Restoran pertama diusahakan Khairul Aming itu akan dibuka secara rasmi pada 6 Januari ini di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi di Kampung Baru, iaitu sembilan minit dari pusat beli-belah KLCC atau Menara Berkembar Petronas.

Tempahan bagi sesi pertama pula telah diisi sebanyak 3,000 slot malam tadi.

Sumber: Instagram @luthfi.aff

The post Kanak-Kanak Dalam Video Promosi Rembayung, Rupanya Anak Buah Khairul Aming appeared first on Borak Daily.