Kanak-kanak diserang anjing terima 40 jahitan

14 Sep 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kanak-kanak diserang anjing terima 40 jahitan

JOHOR BAHRU – Kanak-kanak perempuan, Nur Haira Wafiqah Muhammad Hamizi, 2, yang menjadi mangsa serangan lima ekor anjing di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat, minggu lalu masih dalam keadaan kritikal, namun stabil.

Ibunya, Nur Wahyuni Harun, 36, berkata, anaknya kini masih dalam keadaan separa sedar selepas menjalani rawatan susulan akibat kecederaan parah yang dialami.

Menurutnya, Nur Haira menerima sekurang-kurangnya 40 jahitan di seluruh badan akibat gigitan dan serangan anjing ter­babit.

“Keadaan Nur Haira masih kritikal tetapi stabil. Sehingga sekarang dia masih separa sedar dan belum menunjukkan respons yang positif seperti biasa.

“Perkara pertama dan ­ter­ak­hir yang Nur Haira sebut selepas membuka mata adalah ‘susu’ dan bear (patung beruang). Itu sahaja yang kami dengar daripada dia,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Wahyuni berkata, sebagai ibu, dia sangat berharap anaknya te­rus menunjukkan perkembangan positif dan kembali sedar sepenuhnya selepas melalui detik sukar itu.

“Bila dia sebut susu dan bear, saya rasa sangat sebak sebab itu memang benda yang dia selalu minta. Kami cuma harap dia ­terus kuat dan dapat pulih ­seperti sediakala,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi 5 September lalu, Nur ­Haira dipercayai diserang sekumpulan anjing ketika berada di rumah neneknya, Darlinda Darlis, 56, di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat.

Ketika kejadian, bapa mangsa, Mohamad Hamizi Hamdan, 37, dikatakan sudah keluar dari rumah kira-kira pukul 6.50 pagi untuk urusan perniagaan di Johor Bahru, manakala Haira berada bersama keluarganya.

Serangan itu turut disaksikan abangnya berusia 12 tahun yang cuba menghalau anjing terbabit, namun tidak berdaya menyelamatkan adiknya yang mengalami kecederaan serius.

The post Kanak-kanak diserang anjing terima 40 jahitan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved