Kanak-kanak dua tahun maut dilanggar lori dipandu datuk

23 Jul 2026 • 2:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kanak-kanak dua tahun maut dilanggar lori dipandu datuk

GURUN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas dipercayai dilanggar sebuah lori dipandu datuknya dalam kejadian di Kampung Bukit Kuang, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah pada anggota badan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, ketika kejadian, lelaki berusia 61 tahun sedang mengundurkan lori tersebut di pekarangan rumah sebelum terlanggar mangsa.

“Lelaki itu dikatakan mengundurkan lori berkenaan tanpa menyedari cucunya berada di belakang kenderaan lalu melanggar mangsa.

“Lori tersebut yang digunakan untuk membawa baja ketika kejadian tiada muatan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa mengalami kecederaan parah pada anggota badan dan disahkan telah meninggal dunia.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

The post Kanak-kanak dua tahun maut dilanggar lori dipandu datuk appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved