Kanak-kanak empat tahun dikhuatiri lemas di Pantai Baru rakit

9 Jan 2026 • 10:30 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dikhuatiri lemas di Pantai Batu Rakit, Kuala Nerus selepas dihanyutkan ombak ketika membasuh kaki

KUALA NERUS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dikhuatiri lemas di Pantai Batu Rakit, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus Azmi Omar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.43 petang, sebelum menggerakkan 11 anggota ke lokasi kejadian.

“Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 6.30 petang tadi ketika kanak-kanak berkenaan sedang bermain di tepi pantai bersama ibu saudaranya. Mangsa yang ingin membasuh kaki di gigi air dihanyutkan ombak sebelum hilang dan dipercayai lemas di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Azmi berkata operasi mencari dan menyelamat segera dijalankan untuk mengesan mangsa.

“Anggota melaksanakan pencarian di permukaan air di sekitar pantai. Setakat ini operasi masih diteruskan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.