Kanak-Kanak Empat Tahun Maut Dihempap Anjing Dari Tingkat Lima

8 Aug 2024 • 5:46 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas seekor anjing jatuh menimpanya dari tingkat lima sebuah bangunan di daerah Thane, Mumbra di India pada Selasa lalu.

Menurut laporan The Indian Express, Inspektor Jeneral Polis Mumbra Anil Shinde berkata, mangsa Sana Mohammd Shaikh sedang berjalan bersama ibunya sebelum anjing itu jatuh menimpanya.

image is not available

Foto: The Daily Guardian

“Anjing itu dicampak oleh seseorang dari teres bangunan Chirag Mansion di kawasan Amrit Nagar di Mumbra yang sedang dilalui kanak-kanak tersebut,” katanya.

Anil berkata, pihaknya telah memfailkan laporan kematian kanak-kanak itu adalah disebabkan kemalangan terbabit.

Beliau turut memaklumkan pihaknya akan menulis surat kepada Perbadanan Perbandaran Thane bagi mengetahui sama ada pemilik anjing itu mendapat kebenaran untuk memelihara haiwan berkenaan.

image is not available

Foto: Buletin TV3

Sementara itu, kejadian tersebut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan anjing berkenaan jatuh ke atas Sana dengan kekuatan yang sangat besar menyebabkan dia terus tidak sedarkan diri.

Orang bergegas membantu ibu mangsa, Shakila dengan membawa gadis itu ke sebuah hospital di Kalwa, kemudian disahkan meninggal dunia selepas dipindahkan ke Hospital Kalsekar untuk imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).

Mereka juga membawa anjing terbabit yang mengalamai cedera parah ke Kharghar untuk menerima rawatan lanjut.