Kanak-Kanak Maut Dihempap Anjing Jatuh Dari Tingkat Lima

8 Aug 2024 • 4:36 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kanak-Kanak Maut Dihempap Anjing Jatuh Dari Tingkat Lima

Thane, India — Seorang kanak-kanak perempuan disahkan maut selepas dihempap seekor anjing yang jatuh dari tingkat lima sebuah bangunan. Kejadian tersebut dirakam oleh kamera litar tertutup pada Selasa lalu.

Mangsa berusia empat tahun itu dilihat sedang berjalan bersama ahli keluarganya sebelum seekor anjing dewasa dipercayai baka Labrador jatuh lalu menghempapnya.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital swasta tetapi telah dipindahkan ke Hospital Chhatrapati Shivaji Maharaj bagi membuat imbasan CT. Namun, setibanya di sana, mangsa didapati sudah tidak bernyawa apabila doktor menjalankan pemeriksaan ECG.

Anjing yang tercedera itu pula telah dihantar orang awam ke sebuah pusat menyelamat di Karnala.

Biarpun ibu mangsa enggan membuat laporan polis berikutan tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat terhadap kematian anaknya, pihak polis tetap meneruskan siasatan terhadap punca sama ada anjing tersebut terjatuh atau dilempar ke luar.

Inspektor Jeneral Polis Mumbra, Anil Shinde berkata, pihak polis sedang menyiasat dan mengesahkan sama ada pemilik anjing tersebut mempunyai lesen membela haiwan peliharaan yang sah dari badan sivik atau tidak. Pemilik anjing tersebut didakwa mempunyai beberapa ekor anjing yang disimpan di dalam bangunan tersebut.

Menurut bapa saudara mangsa, kedua ibu dan anak itu keluar dari Sayap A apartmen Chirag Mansion untuk menukar sebungkus lampin di kedai berdekatan ketika kejadian.

Mangsa merupakan anak tunggal setelah lapan tahun ibu dan bapanya cuba mendapatkan zuriat.

Lelaki itu turut mendakwa, pemilik anjing tersebut telah mengambil alih keseluruhan deret teres untuk menempatkan pelbagai jenis baka anjing.

“Kejadian itu terjadi disebabkan pengabaian pemilik anjing itu. Polis patut ambil tindakan,” katanya

Doktor haiwan dari Perbadanan Perbandaran Thane, Kshama Shirodkar berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan bapa saudara mangsa tersebut.

“Kami akan turut mengesahkan jika terdapat kekejaman terhadap haiwan yang dilakukan oleh pemilik haiwan peliharaan itu,” ujarnya.