Kanak-kanak Enam Tahun Lemas Terjatuh Dalam Terusan

9 Apr 2026 • 8:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kanak-kanak Enam Tahun Lemas Terjatuh Dalam Terusan

KEPALA BATAS, 9 April (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun lemas selepas terjatuh ke dalam Terusan Sungai Dua di Jalan Bertam Perdana 2, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata mayat Muhammad Aryan Hakim Muhammad Jamaluddin ditemukan terapung kira-kira tiga kilometer dari lokasi kanak-kanak itu dilaporkan terjatuh.

Beliau berkata pihaknya sebelum itu menerima panggilan pada 5.03 petang sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bertam serta Kepala Batas ke lokasi kejadian.

“Ketika kejadian mangsa dikatakan bermain dengan seorang rakan di gigi air (tepi terusan) sebelum tergelincir dan jatuh ke dalam terusan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

John Sagun berkata komander operasi membuat penilaian awal seterusnya menjalankan kerja mencari dan menyelamat dengan kaedah pencarian di permukaan air sebelum dimaklumkan orang awam pada 5.29 petang mengatakan mangsa telah dijumpai hanyut dan terapung.

Beliau berkata pasukan operasi kemudian terjun ke dalam terusan itu bagi menyelamatkan mangsa dan memberikan bantuan pernafasan (CPR) sebelum kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya mangsa bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk tindakan lanjut.

Baca juga: