Kanak-Kanak Hanyut: Operasi SAR Diperluas Ke Sistem Pembentungan

2 May 2026 • 11:36 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kanak-Kanak Hanyut: Operasi SAR Diperluas Ke Sistem Pembentungan

KAJANG, 2 Mei (Bernama) -- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas, selepas dihanyutkan arus deras di Bandar Mahkota Cheras semalam, diteruskan hari ini dengan fokus pencarian diperluas hingga ke sistem pembentungan bawah tanah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata operasi yang bermula 8 pagi itu, melibatkan pencarian dalam radius kira-kira lima kilometer.

“Satu pasukan bergerak dari perangkap sampah berpatah kembali ke sini, manakala pasukan PPDA (Pasukan Penyelamat Di Air) akan menyusuri pembentungan yang ada dari tempat mangsa jatuh dan kita akan meranduk masuk ke dalam pembentung sejauh hampir 300 meter menghala ke Sungai Long,” katanya kepada media di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Beliau berkata antara cabaran utama dalam operasi kali ini ialah pemeriksaan pembentung bawah tanah yang mempunyai kedalaman sehingga 50 kaki dengan diameter kira-kira dua meter.

Baca juga:

Bagi melancarkan operasi, pasukan SAR turut menggunakan peralatan khas iaitu kamera bertiang milik Indah Water Konsortium (IWK), bagi memantau ruang sempit di dalam sistem pembentungan berkenaan.

Ahmad Mukhlis berkata selain IWK, operasi turut mendapat kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Mengulas kejadian petang semalam, mangsa dikatakan sedang bermain bola bersama tiga rakannya di kawasan pangsapuri, sebelum bola terjatuh ke dalam longkang dan mangsa cuba mengambilnya.

“Kami dimaklumkan rakan mangsa sempat memegang tangan mangsa, namun begitu arus kuat menyebabkannya terlepas,” katanya. Dalam kejadian sekitar 7.08 malam itu, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan di Kondominium Sri Hijau, Bandar Mahkota Cheras.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved