Kanak-kanak lapan tahun lemas di kolam pusat rekreasi

14 Nov 2026 • 9:25 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kanak-kanak lapan tahun lemas di kolam pusat rekreasi

GUA MUSANG, 14 NOV: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di sebuah kolam mini di Taman Etnobotani, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira 11 pagi.

“Mangsa dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Gua Musang menggunakan ambulans dan kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes berkenaan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sehubungan dengan itu, Sik menasihatkan ibu bapa dan penjaga sentiasa mengawasi kanak-kanak khususnya ketika berada di kolam renang, sungai atau kawasan rekreasi air.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved