Murid 12 tahun hamil, makluman ibu kepada sekolah bawa penahanan lelaki usia 28 tahun

14 Nov 2026 • 9:42 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Murid 12 tahun hamil, makluman ibu kepada sekolah bawa penahanan lelaki usia 28 tahun
Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun hamil disyaki dirogol seorang lelaki dalam kejadian di sebuah kampung di Kabong. Foto janaan AI

KABONG - Seorang lelaki ditahan selepas disyaki merogol kanak-kanak berusia 12 tahun sehingga hamil dalam kejadian di sebuah kampung di daerah ini.

Kejadian terbongkar apabila ibu mangsa membawa kanak-kanak tersebut ke sekolah untuk memaklumkan kehamilan anaknya itu kepada pihak pengurusan.

Difahamkan, wanita tersebut mahu supaya anaknya berhenti sekolah untuk berkahwin dengan suspek yang berusia 28 tahun.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden Mathew Manggie berkata, guru besar sekolah itu bagaimanapun merujuk perkara tersebut kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang kemudian mengarahkan satu laporan polis dibuat berikutan mangsa masih di bawah umur.

"Siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai buruh ladang kelapa sawit mengenali mangsa sejak pertengahan 2025.

"Mereka mula menjalinkan hubungan cinta pada awal tahun ini selain mangsa mengaku mengadakan hubungan seksual sebanyak tiga kali pada pertengahan Jun lalu.

"Mangsa menyedari kehamilannya kira-kira seminggu sebelum memaklumkan perkara itu kepada ibunya pada 11 November lalu," katanya.

Katanya lagi, bertindak atas laporan tersebut, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Saratok menahan suspek di rumah panjang di Kabong di sini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol," katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved