Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas terjatuh sungai

19 May 2025 • 10:11 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KEPALA BATAS, 19 MEI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kota Aur, Kuala Muda Penaga di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.24 malam, yang memaklumkan mengenai kejadian sebelum menggerakkan sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kuala Muda ke lokasi kejadian.

“Insiden melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun terjatuh ke dalam sungai dan mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi,” katanya dalam kenyataan malam ini.

John berkata mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, dengan operasi ditamatkan pada 8.37 malam.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved