Nyaris maut kereta jatuh gaung

18 May 2025 • 11:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Seorang lelaki dan seorang wanita nyaris maut apabila kereta Toyota Land Cruiser mereka jatuh 300 meter ke dalam gaung di Tokong Puu Jih Shih Jalan Cecily, pada pagi Sabtu.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Jimmy Lagung, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8.55pagi menerusi MERS999.

“Difahamkan kenderaan Toyota Land Cruiser itu terbabas ketika pemandunya cuba meletakkan kenderaan dan terjatuh dari cerun bukit setinggi 300 kaki.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Terdapat dua mangsa iaitu seorang lelaki dewasa cedera di pinggul belakang dan seorang wanita dewasa cedera di tangan dalam kejadian tersebut,” katanya.

Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa sebelum dibawa naik dan diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan yang turut tiba di lokasi kejadian.

Kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada 10.20 pagi, kata Jimmy.