Kanak-kanak lelaki lemas ketika mandi di tali air

19 Nov 2026 • 12:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kanak-kanak lelaki lemas ketika mandi di tali air
Mangsa ditemukan lemas dalam kejadian di Kampung Tok Dor Dalam, Jerteh, di sini pada Rabu. - Foto hiasan

​BESUT - Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki mandi di tali air bertukar tragedi apabila mangsa ditemukan lemas dalam kejadian di Kampung Tok Dor Dalam, Jerteh, di sini pada Rabu.

​Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian menimpa mangsa, Muhammad Shahir Nazril Mohd Nuzi, 12 daripada orang awam jam 5.58 petang.

Menurutnya, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Tok Dor berusia 12 tahun itu dibawa ke Klinik Kesihatan Jabi untuk mendapatkan rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

​"Bedah siasat dijalankan di Hospital Besut pada Khamis dan hasil pemeriksaan mengesahkan punca kematian adalah konsisten dengan kejadian lemas.

​"Jenazah mangsa telah diserahkan kepada pihak keluarga bagi urusan pengebumian," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

​Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa mengawasi aktiviti anak-anak, khususnya ketika berada di kawasan sungai, tali air, parit serta kawasan pantai bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved