Pelajar tahun enam maut lemas ketika mandi di tali air

19 Nov 2026 • 2:18 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pelajar tahun enam maut lemas ketika mandi di tali air

JERTIH, 19 NOV: Seorang murid tahun enam maut akibat lemas ketika mandi di kawasan tali air di Kampung Tok Dor Dalam, Jabi di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada orang awam pada 5.58 petang.

Beliau berkata Muhammad Shahir Nazril Mohd Nuzi, 12, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Tok Dor dibawa ke Klinik Kesihatan Jabi namun disahkan meninggal dunia.

“Bedah siasat di Hospital Besut hari ini mengesahkan punca kematian akibat lemas.

“Jenazah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa mengawasi aktiviti anak, khususnya ketika berada di kawasan sungai, tali air, parit dan pantai bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved