Kanak-Kanak Lelaki Maut Dirempuh Motosikal

22 Apr 2023 • 3:35 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Wan Kamarul Azran Wan Yusof - Gambar fail Bernama

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki menghembuskan nafas terakhir selepas kira-kira 24 jam bertarung nyawa akibat dirempuh motosikal ketika melintas di Jalan Putra Perdana berdekatan Uptown Puchong, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa berusia lima tahun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Serdang, Selangor.

Menurutnya, mangsa disahkan maut pada kira-kira jam 2.05 petang semalam akibat parah di kepala.  

“Ketika kejadian, mangsa dipimpin ibu dan bapanya untuk melintas jalan dari Uptown Puchong ke tempat letak kenderaan sebelum dirempuh sebuah motosikal.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak di atas jalan, manakala penunggang motosikal yang melanggarnya melarikan diri,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.  

Wan Kamarul Azran berkata, penunggang motosikal itu sehingga kini masih belum hadir memberi keterangan kepada pihak polis.  

“Kes ketika ini disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan disiasat semula di bawah seksyen 41(1) APJ 1987,” katanya.  

Dalam pada itu, beliau menggesa penunggang motosikal terbabit hadir ke balai polis terdekat untuk memberi keterangan berhubung kejadian.

“Saksi yang melihat kemalangan itu juga diminta tampil membantu siasatan dan boleh menghubungi balai polis berhampiran,” katanya. - Getaran, 22 April 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved