Kanak-Kanak Lemas Di Kolam Homestay Melaka Meninggal Dunia

21 Jul 2025 • 10:14 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kanak-Kanak Lemas Di Kolam Homestay Melaka Meninggal Dunia

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sebelum ini dilaporkan lemas di kolam renang rumah inap sebuah kondominium di Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana.

Mangsa disahkan meninggal dunia awal pagi Isnin selepas hampir 16 jam bertarung nyawa.

Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh bapa mangsa menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya awal pagi Isnin.

“Doakan cahaya mata kami ditempatkan bersama-sama orang yang beriman… Allah lebih sayangkan Iqbal,” tulisnya dalam kapsyen video tersebut.

Difahamkan, jenazah kanak-kanak berkenaan akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor untuk urusan pengebumian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved